Current song:

Misi Menang !

Datuk K Rajagobal (kanan) bersalaman dengan jurulatih
Yaman, Tom Saintfiet selepas sidang media di Shah Alam,
petang semalam.
Ujian getir menunggu Datuk K Rajagobal apabila berdepan Yaman di Stadium Shah Alam, malam ini ketika dipalit kontroversi ke arah hukuman membabitkan Artikel 88.

Andai ada faktor yang dapat membantu cabaran ketua jurulatih itu dalam saingan Kumpulan D, Kelayakan Piala Asia 2015 ia adalah ‘sifat pejuang’ kesebelasan anak didiknya, terutama jentera serangan daripada skuad Harimau Malaya untuk mengilhamkan kemenangan di laman sendiri.

Apa pun, Rajagobal memberi bayangan awal dia tetap akan mengemudi skuad negara sehingga baki tiga perlawanan dalam saingan kelayakan benua itu sebelum kontraknya tamat penghujung, tahun ini tanpa mengira menang atau pun kalah, malam ini.

Buat keputusan selepas 3 perlawanan

“Menang atau kalah, kita masih ada lagi tiga perlawanan. Sebagai jurulatih, kita kena fikir cara positif sebab masih ada baki perlawanan untuk diharungi. Selepas tiga perlawanan itu nanti, barulah kita boleh buat satu keputusan.

“Kita boleh kalah dua atau tiga kali tapi ia perlu dilihat dari sudut positif. Memang sasaran kita untuk layak ke pusingan akhir, tapi saya tak kata kita akan layak. Cuma inilah satu lagi tahap yang perlu kita lihat dan tak boleh sentiasa hanya fikir mengenai Piala Suzuki AFF,” katanya pada sidang media pra-perlawanan di Hotel Grand BlueWave, Shah Alam, semalam.

Selepas tewas 2-0 kepada Qatar di Doha, 6 Februari lalu, Harimau Malaya dilihat wajib menang ke atas Yaman, namun bagi Rajagobal peluang muncul dua pasukan teratas kumpulan bagi layak ke pusingan akhir di Australia bukannya akan ditentukan, malam ini.

“Jadi sama ada menang atau kalah, tiada apa-apa yang akan beri jaminan dan menentukan segalanya. Tapi kita mahu menghadapi perlawanan menentang Yaman ini dengan berfikiran positif,” kata Rajagobal.

Selepas menonton sendiri ketiga-tiga aksi Yaman pada saingan Piala Teluk 2013 di Bahrain, Januari lalu iaitu tewas 2-0 ketiga-tiga perlawanan kumpulan kepada Kuwait, Arab Saudi dan Iraq, Rajagobal seakan sudah mengetahui corak permainan Yaman, malam ini.

“Walaupun jurulatih mereka dari Belgium, masih lagi corak permainan Yaman sama seperti negara-negara Arab yang lain,” tegas Rajagobal.

(Sumber Dari BERITA HARIAN 22/03/2013)
Suara

Suara

Suara
Suara