Current song:

Abang Som Mengaku Tidak Bersalah


SEREMBAN : Seorang bomoh mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan, iaitu mempermainkan ayat al-Quran serta hadis, mencela dan menghina agama Islam, melakukan perbuatan atau ajaran yang salah dan memikat atau menahan perempuan bersuami atau anak dara bagi melakukan persetubuhan haram di dua Mahkamah Syariah, di sini, semalam.

Tertuduh, Muhammad Sombhas Abdullah atau dikenali Abang Som, 48, didakwa melakukan semua kesalahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (EJSNS) 1992 itu, di sebuah rumah di Kampung LBJ, Labu, di sini, pada 17 September lalu.

Berasal dari Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, tertuduh yang memakai baju panas lengan panjang dan berseluar jean pada prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah dan di Mahkamah Rendah Syariah, masih dalam reman kerana gagal membayar jaminan ditetapkan mahkamah.

Sepanjang prosiding, dia dibenarkan duduk di kandang pesalah selepas mengadu sakit dan tidak berdaya berdiri. Tuduhan pertama, dia didakwa mempermainkan amalan atau upacara berkaitan agama Islam dengan melakukan pernikahan batin dengan seorang wanita berusia 24 tahun.


Suara

Suara

Suara
Suara