Current song:

Tiga Maut Pesawat Terhempas

ORANG ramai berkumpul di lokasi kejadian pesawat Air 
Bagan yang terhempas, sementara anggota pasukan mencari 
dan menyelamat memeriksa kerosakan di Heho, negeri Shan, 
Myanmar, semalam
YANGON 25 Dis. - Tiga maut, manakala 11 lagi cedera apabila sebuah pesawat yang membawa 65 penumpang termasuk pelancong asing gagal melakukan pendaratan cemas di negeri Shan, timur Myanmar hari ini.

Syarikat penerbangan Air Bagan menjelaskan, pesawat jenis Fokker-100 itu terpaksa mendarat cemas, tiga kilometer dari Lapangan Terbang Heho, yang merupakan pintu masuk bagi destinasi pelancongan popular di Myanmar, Tasik Inle, selepas satu daripada enjinnya terbakar.

"Mangsa yang maut adalah penumpang yang masing-masing seorang pemandu pelancong serta seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang penunggang motosikal," menurut kenyataan syarikat itu dalam laman Facebook.

Sementara itu, Kementerian Penerangan melaporkan, penunggang motosikal itu maut selepas dia dirempuh oleh pesawat tersebut ketika cuba mendarat.

Menurut kementerian itu lagi, satu daripada enjin pesawat tersebut terbakar ketika kapal terbang berkenaan menghampiri lapangan terbang kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan.

Jurucakap Air Bagan, Ye Min Oo pula berkata, dua juruterbang pesawat itu antara mangsa yang cedera. "Disebabkan pendaratan cemas gagal dilakukan, pesawat itu patah kepada beberapa bahagian," katanya.

Min Oo berkata, punca kejadian masih belum jelas dan pihaknya masih menunggu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai nahas daripada juruterbang yang dirawat di hospital.


Sumber Dari Utusan
Disiarkan Pada : 26/12/2012

Suara

Suara

Suara
Suara