Current song:

Penjenayah ‘Liat’


ANGGOTA polis forensik menyiasat tempat kejadian.
Gombak: Tindakan melulu seorang suspek jenayah yang memecut laju van dipandunya di jalan bertentangan arah selepas dikejar polis mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng motosikal cedera parah akibat bertembung dengan van suspek.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi berhampiran Templer Park, di sini, semalam beberapa lagi penunggang turut cedera dirempuh kenderaan suspek.

Menurut saksi kejadian, seorang lelaki dilihat memecut laju kenderaannya berhampiran pasar raya NSK di Selayang Baru selepas dikejar kereta peronda polis (MPV). “Saya yang dalam perjalanan ke Rawang terkejut apabila melihat sebuah van dipandu laju dalam keadaan melawan arus dari Rawang ke Kuala Lumpur.

“Beberapa minit kemudian van dipandu lelaki terbabit dilihat merempuh sebuah kereta Perodua Viva dan dua motosikal, namun masih tidak berhenti dan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kemalangan pertama, van itu bertembung pula dengan sebuah lagi motosikal mengakibatkan penunggang serta pembonceng tercampak beberapa meter,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

RAMANAYAH maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala. 

PASUKAN paramedik membantu Maraimah yang tercampak selepas dirempuh suspek. 

(Sumber Dari METRO 01/03/2013)

Suara

Suara

Suara
Suara